Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Program Setahun Untuk Anda

Asssalmualaikum WBT.

Bertemu kembali. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Remaja Dan Kanak-kanak Masjid Putra telah pun mengeluarkan iklan dan borang permohonan untuk menyertai program sepanjang tahun 2009. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi saya ditalian 03-88885678 atau lawati laman web Masjid Putra http://www.masjidputra.gov.my

Assalamualaikum WBT.

Kepada semua yang melayari blog saya ini ingin diwar-warkan program remaja dan kanak-kanak Masjid Putra pada cuti sekolah bulan Mac akan datang telah dibuka. Sila hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

MUHD REDZA BIN AHMAD,
PENOLONG PENGARAH,
(UNIT PENDIDIKAN REMAJA DAN KANAK-KANAK)
MASJID PUTRA,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM),
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62502 PUTRAJAYA.

TEL : 03-88895678

Assalamualaikum WBT.

Selamat bertemu kembali. Mohon kemaafan kerana terlambat untuk kemas kini blog saya kerana kesibukkan kerja. Sekarang ini Unit Pendidikan Remaja Dan Kanak-kanak Masjid Putra mengadakan dua program Kem Tahfiz Cuti Sekolah 2008 & Kursus Pemantapan Al-Quran Cuti Sekolah 2008 dan minggu ini adalah minggu yang terakhir. Jumaat 19 Disember 2008 para peserta akan dibawa melawat ke Darul Quran, Kuala Khubu Bharu, Selangor. Kedua-dua program ini akan melabuhkan tirainya pada majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil pada hari Ahad, 21 Disember 2008 bermula jam 9.30 pagi.

Sekian, jumpa lagi

MUQADDIMAH

MUQADDIMAH

Assalamualaikum…

Blog ini bertujuan untuk memaparkan sebarang aktiviti yang saya jalankan di Masjid Putra, Putrajaya. Sebagai salah seorang imam di Masjid Putra, saya menjawat jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam sebagai Penolong Pengarah Unit Pendidikan Remaja dan Kanak-kanak. Jawatan ini baru saya pegang bermula Jun 2008. Alhamdulillah, setakat ini beberapa program remaja telah dilaksanakan dengan bantuan sahabat daripada masjid Putra. Antara program yang telah berjaya:

1) Kursus Pemantapan Al-Quran (Sehari Bersama Al-Quran) – Sekolah Rendah

2) Kem Ibadah – Sekolah Rendah

Program di atas adalah berkala. Manakala program yang sedia ada ialah:

1) Kelas Pengajian Al-Quran – Kanak-kanak

2) Kelas Mental Arithmetik – Kanak-kanak

Pada masa cuti sekolah waktu ini, pihak saya sedang menganjurkan Kem Tahfiz Al-Quran Cuti Sekolah dan Kursus Pemantapan Al-Quran. Program ini akan diterangkan bentuk pengisiannya dalam artikel akan datang.

Sekian, Jumpa Lagi.